[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي
Definisi : membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي
Definisi : 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي
Definisi : 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)