Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membela

Puisi
 

Kalau membela ayam selasih,
     Berilah makan beras melukut;
Merajuk pada yang kasih,
     Marah pada yang takut.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Membela Nasib Orang AsliZainal JumatDewan Masyarakat1 May 2009
Membela Ibu TunggalAbd. Rahim Abd. RashidDewan Budaya1 November 2000
Membela maruah bangsa ketika krisis ekonomiRamlan Abd. WahabDewan Masyarakat1 January 1998
Membela NusaMasuri S. NDewan Bahasa1 February 1962
Membela rakyatAhmad BoestamamDewan Sastra15 August 1972
Membela KebenaranRohana NoorMastika1 August 1990
Adam Membela BangsanyaPon MariamDewan Pelajar1 September 1978
Qisas Membela Yang DaifH.M. JajuliDewan Budaya1 July 2001
Formula membela nasib golongan bumiputeraMustafa DakianDewan Masyarakat1 July 2005
Belanjawan 2009 Membela Nasib Rakyat?Animah JanangDewan Masyarakat1 August 2008
12

Kembali ke atas