Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Alah membeli menang memakai,menang membeli menang memakaiAripin SaidPelita Bahasa1 September 1992
Membeli Buku Melalui PosSuhaila SharifDewan Sastera1 November 2002
Membeli pakaian sendirirasa K.C ChackoDewan Pelajar1 April 1983
Membeli Buah-BuahanNorhashidah HarunDewan Pelajar1 December 1979
Membeli Air OrenYeop Johari Hj. YaakubDewan Pelajar1 July 1979
MembeliPena MutiaraPelita Bahasa1 November 2007
Membeli teknologiMohd Aslam Gulam HassanDewan Masyarakat1 February 1995
Membeli belah sebelum perayaanMohd. Hamdan AdnanDewan Masyarakat1 February 1994
Membeli emas dengan masaHM Tuah Iskandar al-HajDewan Agama & Falsafah10 January 2003
Membeli komputerNatalie NoorDewan Kosmik1 January 1995
123

Kembali ke atas