Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesarkan

Peribahasa

Tiada membesarkan air.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong famili yang susah kerana diri sendiri tidak kecukupan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Membesarkan anak yang cinta membacaHiginaVariasari1 December 2007
Sekadar membesarkan tokohS. SubhiMastika1 January 1974
Bahasa Ibunda Membesarkan KitaAbd Ghafar BahariPelita Bahasa1 September 1990
Yang Membesar Itu Pun Makin MembesarkanR. HamkamaDewan Budaya1 October 1979

Kembali ke atas