Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1. mengangkat ke atas, menaikkan: ~ sauh; 2. menurunkan muatan dr kapal (kereta api dll), memunggah: ~ muatan; 3. merombak (bangunan, enjin, dll): habis rumah-rumah diselongkar dan dibongkar; 4. membuka dgn paksa (pintu, peti, dll): pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dgn ~ pintu peti besi; 5. mengeluarkan sesuatu secara tidak teratur kerana mencari sesuatu: ~ kain baju di dlm almari itu utk mencari kunci laci; 6. membuka (rahsia dll): ~ rahsia; ~ misteri pembunuhan itu; 7. membangkitkan perkara-perkara lama: suka sekali ~ yg lama-lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bong.kar] | ممبوڠکار

Definisi : 1 mengangkat ke atas; menaikkan: ~ sauh mengangkat sauh. 2 memunggah atau menurunkan muatan dr kapal dsb. 3 meruntuhkan sesuatu supaya tidak digunakan lagi; merombak: Pasukan itu diberi tugas ~ rumah-rumah haram. 4 mengeluarkan enjin utk dibaiki dan dipasang semula. 5 membuka pintu dll dgn paksa: Pencuri-pencuri itu telah ~ peti besinya dan berjaya melarikan barang-barang kemasnya. 6 membangkitkan-bangkitkan hal-hal lama; membuka rahsia: Tidak ada sesiapa pun yg berani ~ rahsia penyeludupan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membongkar


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Membongkar Pemikiran Noordin Hassan melalui Jangan Bunuh Rama-ramaSalmah AhmadDewan Sastera1 July 2002
Membongkar fungsi AstrolabNor Azam Mat NoorDewan Kosmik1 February 2007
Membongkar hakikat bahasaLee, Selina S.F.Dewan Bahasa1 December 2005
Membongkar dan sinonimnyaLatifah OthmanPelita Bahasa1 December 1997
Membongkar rahsia Gua AnginNurrull Ilzamalhana & Katijah WahidDewan Kosmik1 July 1998
Membongkar misteri piramidWan Normi HasanDewan Kosmik11 January 2003
Membongkar sejarah Kuala KangsarKhiruddin AbdullahDewan Siswa1 June 1993
Membongkar misteri dinosaurZaiton NasirDewan Siswa1 May 1993
Membongkar tamadun yang terbenamTiadaDewan Siswa1 May 1991
Membongkar misteri mumia ChinchorroTiadaDewan Siswa1 January 1996
12

Kembali ke atas