Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memburu

Puisi
 

Orang memburu seberang sana,
     Dapat seekor landak betina;
Senjata buruk besi dah lama,
     Mana tikam susah nak kena.


Lihat selanjutnya...(13)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memburu dan Memaknakan Tanda Sajak (Analisis Puisi Dewan Sastera, Jun 2002)Mohammad ShahidanDewan Sastera1 July 2002
Memburu ImpianMusalmah MesraWanita1 February 2007
Memburu cinta kudus [Ulasan buku Cinta Seorang Guru karya Mohd Ismail Sarbini]Saira SalimDewan Sastera1 February 2009
Memburu AjaibAhmad Amin HudiDewan Siswa1 February 2009
Memburu dan Diburu Cinta [Ulasan buku Haruskah Aku Berlari karya Hanita Hassan]Saira SalimDewan Sastera1 September 2008
Memburu hadiah atau anugerah? [Daripada Editor}Rozninah Abd. AzibDewan Sastera1 March 2008
Memburu hantu dengan sainsSaharil Hasrin SaninDewan Siswa1 December 2007
Memburu Rindu diKota TurkisShamsudin OthmanDewan Sastera1 July 2007
Memburu Marlin HitamRusilawati KamarudinDewan Budaya1 July 2001
Memburu harta karun peninggalan Bung KarnoTiadaVariasari1 November 2006
123456

Kembali ke atas