Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kir.kan] | مميکيرکن

Definisi : 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kir.kan] | مميکيرکن

Definisi : 1 berfikir ttg sesuatu; mempertimbangkan sesuatu dgn akal; merenungkan: Tiada gunanya kita ~ hal yg remeh-temeh. 2 mengingat; mengenang: Dia berasa sedih ~ nasib malang yg menimpa orang tua itu. 3 mengutamakan; mempedulikan: Janganlah ~ kepentingan diri sendiri saja, fikirkanlah kepentingan orang lain juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memikirkan

Peribahasa

Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.

Bermaksud :

Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memikirkan soal kerajinanRohman ShaaryDewan Siswa1 November 1996
Memikirkan pengurusan masa depanSchilit, Warren KDewan Ekonomi1 January 1996
Sekadar MemikirkanLee Keok ChihDewan Sastera1 March 1996

Kembali ke atas