Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggung­jawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada ber­wang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kul] | مميکول

Definisi : membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikul
Kata Terbitan : memikul, memikulkan, pikulan, pemikul,

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bahu memikul,
     hati menyokong.

Bermaksud :

Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahu memikul, hati menyokongKasturiDewan Budaya1 August 1996
Hidayat memikul beban, menggalas harapanAzahar Mohd. TaibDewan Siswa1 September 1996
Marilah kita memikul bersama-samaAdnan Abd MajidPelita Bahasa1 January 1991
Kereta elektrik bukan sekadar impian.Helme memikul amanah POEMHashim AnangDewan Kosmik1 January 1998

Kembali ke atas