Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.ta.kan] | ممڤرکاتاکن

Definisi : 1. melahirkan (dgn kata­kata), mempercakapkan, menceritakan: terasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yg tersimpan di dlm hatinya; dan sepanjang hari itu orang ~ hal itu; 2. membincangkan, membicarakan: mereka berkumpul ~ da-gangan mereka pd hari itu; ~ masalah penulisan yg serius; ~ kesusasteraan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.ta.kan] | ممڤرکاتاکن

Definisi : 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memperkatakan sajak "Sidang Ruh" dan "Penyairmu" chiptaan Kassim AhmadBaharuddin ZainalDewan Bahasa1 August 1966
Memperkatakan novel sa-pintas laluA. Samad IsmailDewan Bahasa1 September 1957
Memperkatakan sha'er perlembagaan negeri BruneiMd. Tahir Haji MatassimBahana1 July 1980
Memperkatakan Sketsa Hidup (Fatimah Busu), Anak Seluang, Seluang Juga(Darussalam)Hashim AwangDewan Sastra15 February 1973
Memperkatakan sha'er perlembagaan negeri BruneiMd Tahir MatassimBahana1 July 1980
Memperkatakan tentang terjemahan puisi TionghuaChew Hock TongDewan Bahasa1 May 1961
Memperkatakan beberapa mas'alah dalam pengajaran bahasa kebangsaanIsmail YunusDewan Bahasa1 July 1959
Apabila memperkatakan DEBHamedi Mohd. AdnanDewan Masyarakat1 September 1988
Bahasa Melayu Berupaya Memperkatakan BiologiS.NathesanJurnal Bahasa1 December 2002
Abdul Latiff Mohidin memperkatakan Sket "Antara Tugas dan Nafsu"TiadaDewan Masyarakat1 February 1965
12

Kembali ke atas