Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ke.nal.kan] | ممڤرکنلکن

Definisi : 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ke.nal.kan] | ممڤرکنلکن

Definisi : 1 memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan: Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memperkenalkan sistem pengangkutan awamHayati MansorDewan Ekonomi1 January 2007
Memperkenalkan puisi Filipina dengan penekanan kepada "Tanaga"Ruzui, SeptyDewan Bahasa1 December 1977
Memperkenalkan sastera Iban dan KadazanHamzah HamdaniDewan Sastera1 April 1988
Memperkenalkan tiga orang siswazah2 kehormatWang Gung WuDewan Masyarakat15 July 1964
Memperkenalkan manuskrip "Kutipan Mutiara" karya Abu Muhammmad AdnanHaji AbdullahDing Choo MingJurnal Dewan Bahasa1 November 1995
Memperkenalkan buku2 Melayu tahun 1958TiadaDewan Bahasa1 January 1959
Memperkenalkan buku2 Melayu tahun 1958Ahmad Badri FaridDewan Bahasa1 December 1958
Memperkenalkan beberapa buah puisi TionghuaSheu Lee SingDewan Bahasa1 March 1961
India memperkenalkan ubat talasemiaJain, N. CDewan Kosmik1 June 1995
OCEAN Capital akan memperkenalkan keluaran sendiriTiadaDewan Ekonomi1 August 1997
12

Kembali ke atas