[me.na.gih] | مناݢيه
Definisi : berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.na.gih] | مناݢيه
Definisi : 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menunaikan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.na.gih] | مناݢيه
Definisi : 1 meminta supaya menjelaskan hutang (yuran dll); mendesak supaya membayar: Tiap-tiap awal bulan, beliau datang ~ wang sewa rumahnya. 2 menuntut supaya menunaikan janji dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[me.na.gih] | مناݢيه
Definisi : berasa ingin atau gemar benar akan sesuatu; suka akan sesuatu kerana kebiasaan: ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)