Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang] | منڠ

Definisi : 1. berjaya (dlm perlawanan, pepe­rangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertan­dingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma keme­nangan yg diperoleh tanpa bertanding (ke­rana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang] | منڠ

Definisi : 1 berjaya dlm perlawanan, peperangan dll; dpt mengalahkan lawan atau musuh: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ dgn tiga gol tidak berbalas. 2 mendapat keuntungan kerana bertaruh, bermain judi dll: Berapa ringgit engkau ~ berjudi tadi? memenangi mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu. memenangkan 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. kemenangan hal menang; kejayaan. pemenang orang (pasukan dll) yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menang-kalah atau menang-menang?A. Aziz DeramanDewan Bahasa1 October 2007
PPSMI yang "menang-menang"Abang Patdeli Abang MuhiDewan Bahasa1 January 2009
Alah membeli menang memakai,menang membeli menang memakaiAripin SaidPelita Bahasa1 September 1992
Agenda Melayu - menang bentuk, menang isiMohd Shukri Mohd AriffDewan Masyarakat1 December 2004
menang sorak kampung tergadaiMansor PutehDewan Budaya1 April 2009
MenangWijaya, PutuHorison1 August 2001
Menang adu kerbauTaha KadirDewan Budaya1 June 2005
Menang slogan kampung tergadaiHassan AhmadDewan Masyarakat1 July 1996
TM menang Anugerah TelekomunikasiMuhamad Rafiq Abdul Rahman dan Shamsiah Abd KadirDewan Ekonomi1 June 2008
GAMUDA menang anugerah peringkat AsiaJunaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 February 2008
1234

Kembali ke atas