Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ra] | منارا

Definisi : bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berben­tuk menara di lapangan terbang tempat me­ngawal lalu lintas udara, terutamanya per­lepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ra] | منارا

Definisi : 1 bangunan yg tinggi: ~ Eiffel; ~ api rumah api utk panduan kapal. 2 bahagian bangunan yg tinggi (spt di masjid, di gereja). ~ kawalan menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menara


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menara Gading Menara CondongZulkifli SallehDewan Budaya1 May 2001
Menara CondongMahaya Mohd YassinDewan Pelajar1 June 1981
Menara Condong Berhenti CondongTiadaDewan Pelajar1 February 1978
Menara EiffelMohammad Abdul FadzalDewan Pelajar1 July 1975
Menara PisaMuhammad Abdul FadzilDewan Pelajar1 April 1975
Menara DBP: simbol gedung IlmuAhmad Baei JaafarDewan Agama & Falsafah1 August 2006
Menara condong Teluk IntanIranorDewan Budaya1 April 2004
Menara Gading : dilanda gelombang najis ?Rustam A. SaniDewan Masyarakat1 May 1988
Menara tertinggi di duniaMohd Shukri Mohd AriffDewan Masyarakat1 January 2005
Menara ImpianZurinah HassanDewan Sastera1 December 2004
12345

Kembali ke atas