Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menarik perhatian kembali atau menarik kembali perhatianJais SahokPelita Bahasa1 December 1991
Menarik minat pelajar terhadap sastera melalui program penghayatan KomsasZahrah IbrahimDewan Sastera1 August 2007
Menarik dan berdaya ilmuOthman PutehDewan Siswa1 July 1997
Menarik DiriMasuri S. NDewan Sastera1 January 1998
Menarik rambut daripada tepungA. Kadir JasinDewan Masyarakat1 February 2004
Menarik rambut di dalam tepungS. Othman KelantanDewan Sastera1 May 1992
Capital menarik minat pelaburS. N. LeoDewan Ekonomi1 September 2007
Yang menarik tentang Dewan Sastera [Surat kepada editor]Fatin NadhirahDewan Sastera1 November 2007
Pelancongan menarik pelabur hartanah asingMohd Fuad AbdullahDewan Ekonomi1 May 2007
Yang Menarik itu, UnikOthman PutehPelita Bahasa1 May 2002
12345678910

Kembali ke atas