[men.con.to.hi] | منچونتوهي
Definisi : 1. membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.con.to.hi] | منچونتوهي
Definisi : memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)