Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuba

Puisi
 

Hendak menjala jala tersangkut,
     Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
     Hati takut dicuba juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mendirikan (= menegakkan) benang basah.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Berani mencuba nikmat hidupZaini UjangDewan Siswa1 May 1993
Aku Sedang Mencuba dan BelajarSalman SulaimanMajalah I1 November 2008
Mahasiswa kreatif mencuba bakatJaafar Abdul RahimTunas Cipta1 November 2005
Membina Kekuatan MencubaDr. HM Tuah Iskandar Al-HajDewan Kosmik1 September 2003
Penyakit malu mencubaYahaya MahamoodDewan Siswa1 May 1988

Kembali ke atas