Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaki

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mendaki gunung bahasaRampan, Korrie LayunHorison1 April 2007
Mendaki GunungRazali Abu HasanDewan Pelajar1 August 1978
Mendaki impian mencipta kejayaanNazira Mohd NorKonsep1 November 2008
Mendaki Jabal Nur Dan Gua HeraMohamed Ghouse NasuruddinDewan Budaya1 October 2001
Mendaki BukitMohd. Ariffin SiriDewan Siswa1 February 1980
Berbasikal mendaki bukit-bukauN. Z. AbidinDewan Siswa1 September 1989
Aktiviti semasa mendakiAhmad FahmiDewan Siswa1 December 1991
Beban belajar seperti mendaki bukit?A. Ghafar AbdullahDewan Siswa1 March 1987

Kembali ke atas