Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang] | منداتڠ

Definisi : 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatang

Puisi
 

Dari mana hendak ke mana,
     Dari rumput mendatang padi;
Dari mana tidaklah ke mana,
     Dendam tak luput di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Alaf mendatang milik wanita (diwawancara oleh Norizan Muslim)Maznah HamidDewan Budaya1 August 1998
Industri generasi mendatang JepunAbdullah HassanDewan Siswa1 March 1997
Tangis Generasi MendatangIhsan NoorzaliDewan Sastera1 November 1994
Hari-hari MendatangAbdullahBahana1 September 1995
Kehidupan dalam alaf mendatangAbdulah HassanDewan Siswa1 December 1996
Warisan kebangsaan untuk generasi mendatangArwai A.R.Dewan Budaya1 January 2008
Dongeng buat 2a3 generasi mendatangSijaranamual, Julius. RHorison1 September 1971
Menghadapi Cabaran Sains dan Teknologi yang MendatangNawal Hanim Lope Zainal AbidinPelita Bahasa1 February 2003
Mengantarabangsakan bahasa Melayu agenda utama alaf mendatangLee Lam ThyeDewan Budaya1 August 1997
Di Bawah Matahari Hati Di Mana Mas Ibarat Bayang-Bayang, BakalMenghilang Bila Senja MendatangIssmatBahana1 July 1979
12

Kembali ke atas