[me.nem.pa] | منمڤا
Definisi : 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nem.pa] | منمڤا
Definisi : 1 memukul besi dll utk dibuat perkakas (pisau dll); menitik: ~ besi. 2 membuat sesuatu alat drpd logam: ~ parang; ~ keris. 3 mencetak atau membentuk (batu bata dll). 4 mencetak (wang): Kerajaan negeri tidak boleh ~ mata wangnya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)