Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.jar] | مڠاجر

Definisi : 1. menyampaikan ilmu penge­tahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, men­didik, melatih, memberikan petunjuk-petun­juk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan penga­laman dsb yg telah diperolehnya: musim ke­ma­rau ini akan ~ kita supaya tidak meng­gunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memu­kul seseorang) supaya jera (tidak mela­ku­kan lagi sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.jar] | مڠاجر

Definisi : 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengajar

Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(16)

577

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Mengunyahkan orang bergigi

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan mengunyahkan orang bergigi. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengajar mengawangArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 August 2008
Mengajar bahasa Melayu: pengalaman Abdullah MunsyiHaslina HaroonDewan Bahasa1 February 2008
Mengajar dan belajarMohd. Ali SalimDewan Bahasa1 December 2006
Mengajar sastra lewat teaterJambak, M. RaudahHorison1 February 2006
Mengajar pembacaan melalui bahasa ibunda: satu rasionalMaya Khemlani DavidDewan Bahasa1 June 2001
Mengajar simpulan bahasaChandra Kumar KrishnanPelita Bahasa1 January 1991
Mengajar orang dewasa dalam kelas BMJais SahokPelita Bahasa1 May 1991
Mengajar menggunakan cerita bergambarOmar MamatPelita Bahasa1 February 1998
Mengajar istilah IT dalam JawiSuria NgahPelita Bahasa1 January 1998
Mengajar anak berfikir secara falsafah [Ulasan buku Teaching Thinking...Jaafar Abdul RahimDewan Masyarakat1 September 2005
123456

Kembali ke atas