Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengata­kan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biaya­nya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. mem­banggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ku] | مڠاکو

Definisi : 1 membuat pernyataan atau pengesahan ttg diri sendiri: Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dgn betul tetapi ~ sbg ahli bahasa. 2 mengatakan “ya” ttg sesuatu tuduhan, kesalahan dsb: Dia enggan ~ bahawa dia telah membocorkan rahsia itu. 3 menganggap sbg: ~ bapa; ~ anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaku

Puisi
 

Angkat galah sandar galah,
     Mari disandar di pohon pinang;
Kalau alah mengaku kalah,
     Janganlah adik mengaku menang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Aku alah engkaulah menang.

Bermaksud :

Tidak mahu mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengaku tidak bersalah dan tidak mengaku bersalahUmar JunusPelita Bahasa1 June 1991
Regina Mengaku dijangkiti HIVRichie RahmanRemaja1 March 1998
Awang Mengaku Orang KuatHamsah DahlanMastika1 January 1983
Isteri Thaksin Tidak Mengaku SalahTiadaDewan Masyarakat1 May 2008
Selepas Hudaibiyah Abu Suffian mengaku di hadapan Kaisar RomZamri Hj. Zainal AbidinDewan Agama & Falsafah10 January 2003
Sastera rakyat: tiada yang mengaku sebagai pengarangAripin SaidDewan Siswa1 February 1990

Kembali ke atas