Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Resun Mengalir SyahduAffrini AdhamDewan Sastera1 March 2000
Matahari MengalirJamdin BuyungDewan Sastera1 February 2009
Petrodolar Mengalir Masuk ke MalaysiaMd. Shukuri HamzahDewan Masyarakat1 February 2008
Semua MengalirLim Swee TinDewan Masyarakat1 October 2004
Air mengalir atau air mengalirkan?Zaiton Abd RahmanPelita Bahasa1 June 1989
Sungai mengalir lesu ,selaih pengalaman Sang SutradaraSyeikh Xiexan Al-YamaniDewan Sastera1 November 1997
Sungai Mengalir Lesu menyerlah dalam bentuk asal?Mohamed Ghouse NasuruddinDewan Budaya1 November 1997
Ringgit mengalir keluarMustikaDewan Masyarakat1 August 1995
Sungai Mengalir Lesu dari sudut kalaA. Rahim AbdullahDewan Sastera1 August 2003
Sungai MengalirNorzairee NordinDewan Siswa1 November 1990
12345

Kembali ke atas