Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.cam] | مڠنچم

Definisi : 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugi­kan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (me­nye­babkan berada) dlm keadaan akan meng­alami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah bebe­rapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.cam] | مڠنچم

Definisi : 1 menakut-nakutkan dgn mengadakan sesuatu yg dpt membahayakan atau menyusahkan; mengugut; menggertak: Penjahat itu ~ hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 2 mendatangkan bahaya kpd; membahayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengancam

Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)

20

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Lembu sondol, lembu dongkol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Lembu sondol, lembu dongkol ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Stagflasi mengancam ekonomi AmerikaM. Said OthmanDewan Ekonomi1 June 2008
Skizofrenia Mengancam LelakiZuraidah Abdul RahmanDewan Budaya1 August 2001
AIDS mengancam pembangunan negara (diwawancara oleh Padilah Haji Ali)Marina MahathirDewan Budaya1 October 1998
EDCs Mengancam Kelangsungan HidupMohd. Ridzuan MohamadDewan Masyarakat1 February 2003
Dadah mengancam masyarakatKok Hon VinDewan Siswa1 November 1982
Rasuah mengancam kestabilan negaraChandra Kumar KrishnanDewan Siswa1 September 1989
Hadis yang mengancam agamaSalman SulaimanDewan Budaya1 September 2008
Black Metal Mengancam Generasi MudaMohd. Salleh LebarDewan Budaya1 September 2001
Siapakah yang mengancam anda ?Latifah OthmanPelita Bahasa1 June 1991
Budaya Amerika mengancam Melayu Islam AmerikaTalib SamatDewan Masyarakat1 January 1997
1234

Kembali ke atas