Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ketatasusilaan semasa mengarang [Ulasan buku Tertib Mengarang...Saifullizan YahayaPelita Bahasa1 February 2005
Mengarang SyairSiti Zaleha M. HashimPelita Bahasa1 December 2004
Mengarang untuk tujuan peperiksaanIsmail AdnanPelita Bahasa1 March 1990
Mengarang BungaAffrini AdhamDewan Sastera1 September 1998
Mengarang melalui rancangan televisyenSamat BuangPelita Bahasa1 July 1998
Mengarang dan menulis membina fikiranNazatul Zarina Muhamad NasirDewan Siswa1 March 1987
Mengarang tidak semudah yang diucapYahya SamahFamili1 August 1988
Mengarang Rindu Di Batu KarangJiwak MohdJelita1 December 1989
Mengarang secara berkesan [Ulasan buku 'Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik' oleh Awang Sariyan]Saifullizan YahayaDewan Masyarakat1 April 2007
Senang mengarangAriadinata, JoniHorison1 March 2007
123456789

Kembali ke atas