Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengasah Bakat Melalui DSSoraya OthmanDewan Sastera1 September 2001
Mengasah Pedang AkalSalman SulaimanDewan Sastera1 August 2007
Mengasah hati dengan dendangan suciMohamad Jajuli Abdul RahmanDewan Budaya1 January 1998
Percubaan Mengasah BakatAzrina Md. ZainTunas Cipta1 July 2003
Menulis atau mengasah ketajaman fikirShamsudin OthmanTunas Cipta1 May 2006
Buku baharu: Mengasah Bakat, karya A. Samad Ismail, Pustaka MelayuBaru, 1966, 202 halamanI. MDewan Bahasa1 May 1966
Memupuk dan mengasah bakat mudaKhalid YunusDewan Sastera1 September 1995
Acara puisi persembahan di KL mempamerkan penyair berbakat dari 3 buah negara, membantu penyair tempatan mengasah bakatSiti Azimah AriffinWanita1 February 2007

Kembali ke atas