Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Peribahasa

Salah makan memuntahkan,
     salah tarik mengembalikan,
salah langkah surut kembali.

Bermaksud :

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengembalikan Suara Penulis MudaFaisal TehraniDewan Sastera1 July 2002
Mengembalikan maruah tulisan jawiSamat BuangPelita Bahasa1 January 2007
Mengembalikan budaya hidup berbudi bahasaIzani Haji DaudDewan Budaya1 April 2009
Mengembalikan Keyakinan RakyatMohd. Daud Mat DinDewan Masyarakat1 February 2009
Mengembalikan Momentum EkonomiMustafa DakianDewan Masyarakat1 October 2008
Mengembalikan Kepercayaan Rakyat Kepada UMNOPadilah Haji AliDewan Masyarakat1 May 2008
Mengembalikan kegemilangan tradisi lisan [ ulasan buku berjudul Tradisi Lisan: Manifestasi Cendekiawan Melayu ]Hassan AliasDewan Sastera1 January 2008
Mengembalikan Manusia Dan KemanusiaanZakaria AriffinDewan Budaya1 August 2002
Mengembalikan imej ummah melalui rukun zakatMohd. Khairi Wan AliAl Islam1 September 2006
Mengembalikan kegemilangan bahasa, sastera dan budaya MelayuFauzilahyatun MustafaPelita Bahasa1 April 2006
123

Kembali ke atas