Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menghadap CerminAbizaiDewan Sastera1 February 2009
Menghadap kerancuan antara pengucap dengan yang dirujukUmar JunusPelita Bahasa1 March 1992
Menghadap Ke PelabuhanZurinah HassanMalay Literature1 January 1988
Menghadap ke Selat MelakaZurinah HassanDewan Sastera1 January 2004
Menghadap ke Masyrik dan MaghribNahmar JamilDewan Sastera15 January 1978

Kembali ke atas