Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Kecil umpan besar ikan.

Bermaksud :

Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menghasilkan Cerpen-Pelita Bahasa1 June 2001
Menghasilkan Karangan Jenis PerbincanganIzani Haji DaudPelita Bahasa1 July 2001
Menghasilkan Cerpen yang BaikZuraini Abu BakarPelita Bahasa1 April 2003
Menghasilkan lulusan yang serba bolehTiadaDewan Siswa1 November 1992
Menghasilkan idea tersirat dalam rumusan bahasa Melayu SpmLow Kok OnPelita Bahasa1 May 1997
Menghasilkan generasi yang berwibawaTiadaDewan Masyarakat1 October 1994
Menghasilkan bunyi bahasaChe Rabiaah Mohamed dan Abdullah YusoffDewan Bahasa1 March 2005
Kaedah menghasilkan karangan yang baik dan berkesanMohd. Afif AbidinDewan Bahasa1 March 2002
Bagaimana menghasilkan ayat yang padu?Awang SariyanPelita Bahasa1 December 1989
Bagaiman menghasilkan resensi?Awang SariyanPelita Bahasa1 April 1992
123

Kembali ke atas