Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menghidupkan Enjin KetigaA. ZaidelDewan Masyarakat1 February 2008
Menghidupkan aktivitas sastra di lingkungan luar kelasNurlaela, Dra.Horison1 February 2006
Menghidupkan semula Kempen Buku HijauSamat BuangDewan Siswa1 June 2006
Menghidupkan semangat kebangsaanA. Rahim AbdullahDewan Masyarakat1 November 1988
Menghidupkan Al-ArqamAbd Jalil AliDewan Agama & Falsafah1 June 2003
Menghidupkan suasana pagi [diwawancara oleh Norzeha Kasbi]Zainal Din ZainalDewan Budaya1 May 1990
Menghidupkan gaya bahasa dengan ayat pasifAwang SariyanDewan Siswa1 October 1988
PB menghidupkan semula kata-kata lamaAbd Rahman KassimPelita Bahasa1 February 1990
Usaha menghidupkan semangat membacha di-kalangan anak2 dan beliaTiadaDewan Bahasa1 May 1967
Polemik menghidupkan dunia sasteraTiadaDewan Sastera1 March 1989
12

Kembali ke atas