Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1. memberi (melahirkan, me­naruh) hormat kpd: ~ ibu bapanya; hor­matilah orang tuamu; Rizal dihormati oleh seluruh bangsa Filipina; 2. menerima dan mematuhi (aturan dll), menghargai, men­junjung tinggi, memuliakan: aku ~ pen­dapatmu; ~ keinginanmu mencari sesuatu yg baru; Malaysia tetap ~ Perjanjian Bangkok; 3. disegani: ia seorang yg diper­cayai dan dihormati; ia dihormati dan di­takuti oleh anak-anak kapal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hor.ma.ti] | مڠحرمتي

Definisi : 1 memberi hormat kpd: ~ ibu dan bapa. 2 memuliakan; menghargai: Setiap bangsa di dunia ini mempunyai pahlawannya masing-masing yg sentiasa disanjung dan dihormati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menghormati Keupayaan Orang LainArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 October 2001
Menghormati ibu bapa, punca kejayaan bergandaAbu Yaziz @ Mohamad Haji ShafieDewan Siswa1 December 1997
Menghormati undang-undang ciri masyarakat bertamadun (diwawancara olehAhmad Yani Abd. Manaf)Pahamin A. RejabDewan Masyarakat1 April 1998
Menghormati Golongan TuaLokman IsmailDewan Agama & Falsafah1 July 2003
Menghormati kebebasan akhbarMazlan NordinDewan Masyarakat1 May 2000
Menghormati ilmu meningkatkan nilai AsiaHasbollah HashimDewan Budaya1 May 1995
Menghormati orang yang ada prinsipAbdullah HussainDewan Sastra15 February 1977
Menghormati kebebasan kreativiti seniAbdullah TahirDewan Sastera15 June 1979
Menghormati hak orangAjikikDewan Siswa1 April 1979
Belajar Menghormati Orang LainRejal ArbeeDewan Masyarakat1 December 2008
123

Kembali ke atas