Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kikis2 (adjektif)
1. Bersinonim dengan hilang: lenyap, luput,

2. Dalam konteks harta benda
bersinonim dengan habis, haus, punah, lingkup,

Kata Terbitan : mengikis, kikisan, mengikis,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengikis prasangka orientalis baratNur IhsanDewan Bahasa1 November 2006
Mengikis perangai burukRohman ShaaryDewan Siswa1 May 1996
10 langkah mengikis sikap malu tidak bertempatJalaludin Abd. AzizPelita Bahasa1 January 2007
Kerja sambilan mengikis mentaliti subsidiRon A.RDewan Siswa1 November 2007
Budaya Punk mengikis Budaya TimurTiadaDewan Masyarakat1 February 2005

Kembali ke atas