Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.bul.kan] | منيمبولکن

Definisi : 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.bul.kan] | منيمبولکن

Definisi : 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Peribahasa

Bagai api dengan rabuk.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahasa menimbulkan konflikMuhammad Azli ShukriDewan Bahasa1 July 2008
Kelemahan pemimpin boleh menimbulkan pelbagai krisis di duniaHassan AhmadDewan Masyarakat1 May 1998
Lee Kuan Yew menimbulkan kontrovesi lagi?TiadaDewan Masyarakat1 March 1998
Hari Sastera '80 menimbulkan keresahan dan pertanyaanMa'arof SaadDewan Sastera15 June 1980
Perbandingan faktor2 yang menimbulkan perkembangan didalamkesusasteraan Tamil dan MelayuL. NannithambyDewan Bahasa1 March 1971
Imbuhan 'men' yang dikatakan menimbulkan masalah dalam penggunaannyaMohd Nazar ShariffDewan Bahasa1 March 1981

Kembali ke atas