Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : berjalan di atas titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Meniti banir tumbuh,
     Mencabut selasih dulang;
Kami tiada berani sungguh,
     Malas merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Seperti lotong meniti batang kayu.

Bermaksud :

Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Meniti kembara [Ulasan buku 'Meniti Kembara' oleh Faridah Haron]Norizan MuslimDewan Siswa1 January 2007
Meniti harapanSimon @ Sumin bin DugokWadah1 March 1993
Meniti HariAdi MuaraPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Meniti gelombang wanita dari jurus pandang pengarang lelakiMaharam MamatTunas Cipta1 April 2006
meniti kecemerlangan CIMBMuhammad Azli Shukri, Abdul Razak Abu Bakar dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 June 2008
Meniti pelbagai krisisPadilah Haji AliDewan Ekonomi1 May 2008
Meniti UsiaAzmiBAHANA1 July 2008
Meniti KehidupanShazaBAHANA1 March 2008
Meniti RinduNurhazmaPerempuan1 September 2008
Meniti SuratanAhmad Safarman DollahMingguan Wanita8 August 2008
123456789

Kembali ke atas