Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi ke­wajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah di­jamin oleh abangnya; 2. menanggung ke­selamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menjamin kualiti IPT tempatanZaini UjangDewan Masyarakat1 July 1998
Menabung menjamin kesejahteraanIzzie Hadzree KhamisDewan Siswa1 February 1998
Penyelidikan menjamin kebangunan negaraMohd. Yusuf Hj. OthmanDewan Siswa1 February 1993
Keselamatan menjamin pertumbuhan ekonomiJeffry IsaDewan Siswa1 August 1994
Kecemerlangan menjamin kejayaan diriRafizan Mohd. BasriDewan Siswa1 September 1995
Sistem pembentungan menjamin kesihatanAdrian Zulkarnain Zakaria DharamarajDewan Kosmik1 January 2009
Pengolahan pemikiran menjamin mutu cerpenRamli IsinDewan Sastera1 February 2005
Persediaan awal menjamin kejayaanSidang editorDewan Siswa1 August 1983
Perakaunan kewangan... menjamin kemajuan syarikatAbdul Aziz Abdul RahmanDewan Masyarakat1 May 1996
Amanah Saham Wanita menjamin masa depanTiadaDewan Ekonomi1 July 1998
12

Kembali ke atas