Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Puisi
 

Buahlah padi selasih dulang,
     Adik menumpang ke hulu saja;
Buah hati kekasih orang,
     Adik menumpang bergurau saja.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menumpang KasihMahad A. BakarDewan Sastera1 February 2009
Menumpang kasih di sekolahJunaidah Ahmad GhazaliPelita Bahasa1 May 2005
Menumpang KasihZainorah IbrahimRemaja1 April 2000
Menumpang tuah menteriA. Samad IsmailDewan Budaya1 October 1988

Kembali ke atas