Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahasa menunjukkan jantinaSharil Nizam Sha'riDewan Bahasa1 February 2007
Bahasa menunjukkan bangsaNorihah MohamadDewan Siswa1 February 1981
Bahasa Baku Menunjukkan BangsaHassan AhmadDewan Budaya1 March 2000
Benarkah bahasa menunjukkan bangsa?Abd. Jalil AliMajalah i1 April 2005
Bahasa Kini Kurang Menunjukkan BangsaSiti Aminah Yaacob @ Ab. RahmanPelita Bahasa1 August 2003
Kepenyairan di Singapura menunjukkan tendensi berkembangUmaruddin Yassin AminDewan Sastera15 September 1978
Tema Dan Persoalan Usul Menunjukkan AsalMohd. Kassim MahmudDewan Sastera1 November 2002
Mesej dan Pengajaran "Usul Menunjukkan Asal"Mohd. Kassim MahmudDewan Sastera1 March 2003
Mesej dan pengajaran "usul menunjukkan asal"Mohd. Kasim MahmudDewan Sastera (Mekar Sastera)1 February 2003
Membina Sinopsis Cerita Klasik Usul Menunjukkan AsalMohd. Kasim MahmudDewan Sastera1 October 2002
12

Kembali ke atas