Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengeta­huan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.tut] | منونتوت

Definisi : 1 meminta dgn mendesak supaya sesuatu dilakukan atau ditunaikan: Pekerja-pekerja itu ~ gaji lebih. 2 meminta supaya dije­laskan hutang dll: Tiap-tiap bulan, tauke itu pergi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggannya. 3 berusaha utk men­cari ilmu pengetahuan atau utk mendapatkan sesuatu: Ia pergi ~ ilmu ke Mesir. 4 membawa sesuatu perkara ke mahkamah; mendakwa. ~ balas membalas sesuatu perbuatan; membalas dendam. ~ bela membalas kejahatan orang; membela kematian seseorang. ~ janji meminta supaya menepati janji. ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sabung selepas hari petang,
     tak dapat menuntut balas lagi.

Bermaksud :

Untung-untungan; berserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menuntut ilmu separuh jalanHassan AliasDewan Siswa1 May 1996
Menuntut Ilmu juga dapat pahala jihadLokman IsmailDewan Agama & Falsafah3 January 2003
Pertarungan Menuntut Hak CiptaNisah Haji HaronTunas Cipta1 August 2006
Kepentingan menuntut ilmuJaafar Abdul RahimDewan Masyarakat1 March 2004
Kepentingan Menuntut IlmuSulaiman Haji DuramanBahana1 July 2004
Perjuangan menuntut kemerdekaanZaidin Mohd. NorDewan Siswa1 August 1997
Asia menuntut penghormatan dari baratN.Z AbidinDewan Masyarakat1 May 1995
Doa menuntut ilmu : Allah akan beri hikmah dan rahmatAbu Salim al-AhmadiDewan Agama & Falsafah1 June 2003
Chechnya menuntut kemerdekaanRazak Rashid GhowsDewan Siswa1 February 1995
MCA menuntut lebih kuasa politikHasrom HaronDewan Masyarakat15 November 1974
123

Kembali ke atas