Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. menjadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempohnya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menutup aurat: menghina atau menghormati wanita?Hassan AhmadDewan Masyarakat1 February 2007
Menutup AuratAladin MohamadNur1 October 2006
Menutup abad gelapDini, HarryHorison1 December 2000
Menutup aurat:tren atau keikhlasanTiadaDewan Masyarakat1 October 1997
Menutup Sebuah DiariZurinah HassanDewan Sastera1 July 1986
Menutup kelemahan bahasa dengan alasan profesionalA. SDewan Bahasa1 November 1981
Jangan jerebu menutup pintu hatiPadilah Haji AliDewan Budaya1 October 1997
Pekerja asing menutup peluang kitaLim Bee HarDewan Siswa1 October 1990
Bila Kabus Menutup PagiZahari AffandiMastika1 July 1975
Hutang: bank belum menutup pintuRusmin FadzilDewan Ekonomi1 April 1998
12

Kembali ke atas