Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyampaikan

Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menyampaikan yang indah dan berfaedahNoriah TaslimDewan Sastera1 October 2007
Menyampaikan salam sejagatAmir TanDewan Ekonomi1 August 1997
Menyampaikan pesan dan maksudS.M. ZakirTunas Cipta1 October 2005
Upacara menyampaikan hadiah Peraduan Mengarang DeramaTiadaDewan Masyarakat15 January 1964
Istia'adat menyampaikan ijazah Universiti MalayaIsmail MuhammadDewan Masyarakat15 July 1964
'Bahasa amat penting untuk menyampaikan objektif parti." - Tengku Razaleigh HamzahRitah Yahaya dan Azmi Hilman AzizDewan Bahasa1 November 2007
Bentuk dan Cara yang Digunakan untuk Menyampaikan Amanat dan Pemikiran Islam Berdasarkan Salah Sebuah Hikayat Melayu Bercorak Kisah Nabi-nabi atau Tokoh-tokoh IslamNonitahani JohanBAHANA1 November 2008

Kembali ke atas