Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pan] | مڽيمڤن

Definisi : 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jikalau gopoh main tak jadi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menyimpan Cerita Sebuah PenjaraHajijah JaisDewan Sastera1 October 2002
Menyimpan MakananFadilah JasmaniDewan Pelajar1 February 1981
Menyimpan WangMasitah FadzilDewan Pelajar1 March 1979
Menyimpan, menabung, dan menyorokkanLatifah OthmanPelita Bahasa1 March 1998
Menyimpan buku nota, jurnal dan diariT. Alias TaibTunas Cipta1 September 2004
Menyimpan Fail DigitalTiadaDewan Kosmik1 June 2003
Menyimpan wangMohd. Hamdan Hj. AdnanDewan Siswa1 November 1987
Menyimpan rahsiaAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 February 1985
Bagaimana menyimpanN. Z. AbidinDewan Siswa1 September 1992
Tradisi menyimpan bahanMohd. Thani AhmadDewan Sastra15 April 1975
123

Kembali ke atas