Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyong.song] | مڽوڠسوڠ

Definisi : 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyong.song] | مڽوڠسوڠ

Definisi : 1 maju menghadapi atau menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya: Be­layar ~ angin. 2 menyambut ke­datangan orang; mengalu-alukan: Ba­nyak pegawai kerajaan yg pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 3 mengembalikan wang yg berlebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsong
Kata Terbitan : bersongsong, menyongsong,

Puisi
 

Tuan belayar menyongsong arus,
     Dapat bunga tiga sekaki;
Kalau tak dapat perempuan kurus,
     Tidak puas rasanya hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kuau mengigal (= menyesar).

Bermaksud :

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menyongsong Abad (2)A. Samad SaidDewan Sastera1 February 2002
Bahasa Melayu menyongsong era cabaranAbang Patdeli Abang MuhiPelita Bahasa1 April 1996
Kerjasama institusi kebudayaan Islam dalam menyongsong abadA. Aziz DeramanDewan Budaya1 January 1996

Kembali ke atas