[me.re.jam] | مرجم
Definisi : 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air (kerana menyeksa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.re.jam] | مرجم
Definisi : 1. melempari dgn batu: orang itu dipukul dan direjam hingga mati; 2. melempari dgn sesuatu (botol, telur busuk, dll): polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kpd kumpulan orang ramai yg ~ batu; rejaman hasil merejam; perejam orang yg melakukan rejaman (lembing, tombak dsb): dia menjadi ~ lembing pertama yg mengekalkan kejuaraan dlm sukan Olimpik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.re.jam] | مرجم
Definisi : melempar seseorang dgn sesuatu (spt botol, batu); membaling; menyeksa dgn melemparkan sesuatu kpd seseorang sbg hukuman: Pasangan yg berzina itu telah direjam sampai mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)