Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.riah] | مرياه

Definisi : 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, kera­maian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.riah] | مرياه

Definisi : 1 riang gembira; suka ria: Mereka merayakan kejayaan itu dgn ~nya. 2 besar-besaran; ramai: Perayaan menyambut hari kemerdekaan tahun ini lebih ~ drpd tahun yg sudah-sudah. 3 dgn segala kebesaran, kemuliaan dll: Mereka menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh semangat. memeriahkan menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. kemeriahan keadaan meriah; keriaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Meriah Cinta IlahiSairah AntinDewan Sastera1 June 2002
Malam Meriah MelbourneRusilawati KamarudinDewan Budaya1 March 2002
Akademi Sastera Siber MeriahNik Mohd Iznan Tuan YaakubTunas Cipta1 October 2006
Pelancaran novel nostalgia meriahReena ZolkepleeMIDI15 November 2007
Seni dan ilmu meriah di MelbourneHizairi OthmanDewan Budaya1 June 1997
Festival Pantun Korporat 2007 meriahWan ZalinaDewan Budaya1 April 2007
'Showcase' citra warisan Wawasanita meriahTiadaPerempuan1 March 2007
Sastera Mutakhir Singapura yang MeriahMawar ShafeiDewan Sastera1 October 2002
Majlis mesra Puspanita DBP meriahTiadaMIDI1 February 2007
Budi dikenang kreatif dijulang meriahTiadaPelabur1 January 2001
12

Kembali ke atas