Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lelaki mesti bekerja wanita mesti menangis?Wootton, BarbaraDewan Masyarakat15 July 1964
Mesti, Wajib, Perlu ...S. NathesanPelita Bahasa1 April 2001
"Mesti" dan "pasti"Awang SariyanDewan Siswa1 March 1990
Mesti membaca 80 halaman buku setahunHassan AhmadDewan Siswa1 May 1985
"Hidup mesti terus!" - UjangMuhamad Syahmi SyahiranDewan Masyarakat1 April 2007
Melukis mesti ada kebebasan - Ismail EmbongNorhan NorDewan Budaya1 March 2007
Penulis Mesti Berjiwa BesarSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastera1 April 2001
Kau Mesti Balik Sekarang !Chong Ah FokBAHANA1 January 2008
Pembaca mesti diberikan yang terbaik (wawancara editor Dewan sastera dengan Faisal Tehrani)Rozninah Abd. AzibDewan Sastera1 March 2007
"BN Mesti Mendengar Semula Rintihan Rakyat"Muhammad Azli ShukriDewan Masyarakat1 May 2008
1234567

Kembali ke atas