Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nat] | مينت

Definisi : keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~; berminat menaruh perhatian akan, cende­rung kpd, gemar akan: seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah negara; meminati menggemari, memerhatikan, meng­inginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nat] | مينت

Definisi : kecenderungan atau keinginan kpd sesuatu: ~nya utk belajar sangat kuat. berminat menaruh keinginan; cenderung; gemar. meminati berminat terhadap sesuatu; menggemari sesuatu: Dia sudah lama ~ sukan. peminat orang yg berminat terhadap sesuatu; penggemar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minat (kata nama)
Bersinonim dengan kegemaran, kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan, hobi;,
Kata Terbitan : berminat, meminati, peminat,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Minat Astronomi [Surat Pembaca]Ibrahim GhazaliDewan Kosmik1 June 2008
Minat dan usaha merealisasikan matlamatSaravana Nathan a/l Pannit SelvamDewan Siswa1 June 1998
Minat dan kesungguhanRohman ShaaryDewan Siswa1 March 1997
Minat terhadap Pengajian Melayu [diwawancara oleh S. Jaafar Husin]Raillon, FrancoisDewan Sastera1 March 1985
Minat masyarakat antarabangsa terhadap bahasa MelayuAsiah IdrisJurnal Dewan Bahasa1 August 1994
Minat ada bahan bacaan kurangN. Z. AbidinDewan Siswa1 March 1986
'Minat' dan 'berminat'[Awang Sariyan]Dewan Siswa1 September 1989
Minat penting untuk mencipta kejayaan - Intan Zurani Abd. RazakAdnan Abd. JamilDewan Siswa1 March 1996
Menyuburkan Minat Terhadap Karya SasteraTan Chiew YionDewan Sastera1 June 2003
Demi minat dari universiti ke salonDayang FazelahDewan Ekonomi1 April 2009
123456

Kembali ke atas