Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.kin] | ميسکين

Definisi : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.kin] | ميسکين

Definisi : serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Miskin Desa, Miskin KotaIsmail, TaufiqHorison1 January 2007
Miskin Kerana RasuahZulkifli Mohamad Al- BakriDewan Masyarakat1 May 2009
MiskinKeris MasMastika1 August 1949
Miskin punca keciciranIbrahim SaadDewan Masyarakat15 July 1974
Anak Miskin Yang BertuahRohana JunohDewan Pelajar1 March 1975
Tiada miskin tegar di Wilayah PerseketuanTiadaMilenia Muslim1 February 2006
Erti Miskin dan HinaMohd Shamsuddin IbrahimIbu1 December 1996
Rakyat miskin,orang asing kaya!Sanusi OsmanDewan Masyarakat15 August 1974
Bumiputera Miskin Harta kerana SikapA. Kadir JasinDewan Masyarakat1 January 2004
Bu MiskinHussein, YulisSarina1 November 1979
12345

Kembali ke atas