Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Najis dadah atau dadah najisEmtiarPelita Bahasa1 October 1993
Najis dadah dan remajaRohaty Mohd. MajzubDewan Siswa1 May 1987
Siapa yang najis filem atau pembikinan?Mustafa NoorSarina1 February 1985
Menara Gading : dilanda gelombang najis ?Rustam A. SaniDewan Masyarakat1 May 1988
Review "Antologi Kuala Lumpur" masing-masing anggap kota najisZahari AffandiMastika1 March 1975

Kembali ke atas