Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si.hat] | نصيحت

Definisi : ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi na­sihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe­­-na­sihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesi­onal tentang hal-hal pelaburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si.hat] | نصيحت

Definisi : ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

 

Lihat selanjutnya...(45)

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Syair Nasihat - Nasihat Kepada AnakTiadaPelita Bahasa1 July 1996
Nasihat yang sebenarnya nasihat [Ulasan buku 'Taman Nasihat Kebun Pendengar' oleh Ibnu Al-Jauzi]Jaafar Abdul RahimDewan Budaya1 July 2006
Panduan untuk pemerintah Islam [ ulasan buku Nasihat al-Muluk : Nasihat kepada Raja-raja ( Karangan Imam al Ghazali ]Hassan AliasDewan Sastera1 May 2007
Nasihat DiriMusa Abdul RahmanDewan Pelajar1 February 1975
Nasihat Sultan: Jangan BiadabMat LetupDewan Masyarakat1 March 2009
Nasihat daripada 200 doktor [Ulasan buku The Merck Manual of Medical Information]Mohd Ikram Mohammad Nor WazirDewan Kosmik1 January 2008
Nasihat Kepada RemajaAbdul Jalil AlimonDewan Sastera1 January 2009
Nasihat kepada Penulis dan Editor MudaBaha ZainDewan Sastera1 July 2006
Nasihat Munsyi AbdullahKassim ThukimanDewan Budaya1 March 1997
Nasihat dan Teladan dalam Gurindam Dua Belas (Fasal Lima)Naapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 August 2005
12345

Kembali ke atas