Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang tua pandai menilik,
     Singgah bermalam di Kampung Cina;
Kalau asal buah yang baik,
     Mengkal masak manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Adat tua menahan ragam.

Bermaksud :

Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.

 

Lihat selanjutnya...(44)

571

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dikir: seni untuk orang-orang tuaAripin SaidMastika1 July 1982
Orang Tua Dari SejarahA. Samad SaidDewan Sastera1 September 2002
Orang Tua Itu...Helmy SamadDewan Sastera1 February 2002
Orang Tua Yang SombongMohamed Faruk Raj MohamedDewan Pelajar1 December 1979
Orang Tua ItuM.Z. AliasDewan Sastera1 May 2008
Orang Tua BungaHeru Joni PutraHorison1 January 2008
Orang TuaPuspa Rani a/p MunusamyDewan Siswa1 July 1998
Orang Tua, Menora dan BisuMad Rosli HussainDewan Budaya1 April 1998
Orang Tua Rambutan MasakZurinah HassanDewan Sastera1 December 2004
Orang Tua, Sebatang SungaiAbd. Jalil AlimonSarina1 March 2003
1234

Kembali ke atas