Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.lut] | ڤالوت

Definisi : balut, bungkus, salut, sampul, sarung; elok ~, pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik; berpalut berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk surat ~ kuning; dawai yg ~ getah; memalut membalut, membungkus, menyalut, menyampul, menyarung: tubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata sahaja; terpalut dipalut, disalut: lidahmu seakan-akan ~ madu; palutan hasil memalut: ketam dan udang sedap dimakan dgn ~ kuahnya yg pekat lagi beraroma; pemalut sesuatu yg memalut, pembalut, sampul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata palut


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Elok Palut Pengebat KurangArmin Azhari SalehPelita Bahasa1 February 2003

Kembali ke atas